Matlamat Sekolah

MATLAMAT SEKOLAH
  • Menyediakan pendidikan yang bermutu di sekolah untuk menaikkan bilangan kecemerlangan dalam pencapaian semua peperiksaan dan sukan.
  • Melahirkan kumpulan murid yang bertanggungjawab melalui program-program dan latihan-latihan yang disusun secara terus dan bersepadu. Tanggungjawab yang diharapkan ini merangkumi diri sendiri, sekolah, ibu bapa, jiran dan masyarakat.
  • Mewujudkan satu suasana sekolah yang baik untuk dijadikan contoh, interaksi yang baik dan positif di kalangan guru dan murid-murid berdasarkan nilai-nilai Islam.
  • Memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang perlunya perhubungan dua hala antara sekolah sebagai institusi pendidikan dengan ibu bapa. Sikap negatif dan keengganan kerjasama ibu bapa seringkali menimbulkan kesan besar terhadap kejatuhan disiplin di kalangan pelajar.
  • Sedaya upaya membasmi penggunaan dadah di kalangan murid-murid. Sentiasa mendedahkan penderitaan yang berpanjangan dalam aspek hidup bagi seorang penagih dadah. Merancang berbagai program dan aktiviti supaya berkesan dalam usaha pembasmian ini.
  • Sentiasa mengkaji bidang-bidang sesuai untuk membimbing murid-murid mencapai kemahiran yang lebih tinggi. Kehendak dan keperluan pendidikan sentiasa dikaji dan seringkali berubah sejajar dengan matlamat kerajaan dan dikaji oleh guru-guru mengikut keperluan dan matlamat sekolah.
  • Meningkatkan jumlah murid yang akan bersedia dan mampu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
  • Menyediakan bakal murid yang akan meninggalkan sekolah mempunyai sikap positif terhadap budaya membaca.
  • Mendedahkan kepada murid berbagai media pendidikan untuk diberi peluang memilih bahan yang dikehendaki supaya maju (excellent) dalam bidang ilmu pilihannya tanpa bergantung kepada orang lain.

    No comments:

    Post a Comment