Tuesday, July 23, 2019

Amukan Putera B-14

AMUKAN PUTERA B-14 MENENTANG AMD B-13

23 Julai - Petang yang akan sangat ingin dilupakan oleh pasukan Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD) bagi pasukan Bawah 13 yang dibelasah oleh pasukan SMK Putera (SSN Kelantan). Keputusan 8 gol tanpa balas menggambarkan cerita pada petang itu di mana pasukan SSN Kelantan tanpa belas kasihan telah melakukan sesuatu yang sangat mengejutkan, bukan sahaja kepada pihak lawan tetapi barisan jurulatih dan para penyokong yang datang menyaksikan perlawanan.


SMK Putera mendahului 3-0 pada separuh masa pertama dan menambah lima lagi gol di babak kedua. Dua gol akhir pula dijaringkan dalam waktu kecederaan. Alif Haikal menjadi wira dengan menjaringkan hattrick, manakala Syafiq Aiman menjaringkan dua gol. Gol-gol lain pula disumbangkan masing-masing oleh Syahid, Nik Anas dan Amirul Izwan. Dengan kemenangan ini, SMK Putera membawa bekal yang selesa untuk bertemu dengan SMK Datuk Peter Mojuntin (SSN Sabah) pada hari Sabtu 27 Julai ini.

Nasib berbeza dialami pasukan Bawah 17 tahun apabila mereka dipaksa berkongsi mata walaupun mendahului dengan jaringan cantik dari sepakan percuma oleh Mohd Syaqimi di separuh masa pertama. Walaubagaimanapun, kedudukan pasukan Bawah 17 tahun kekal dan tidak tergugat di dalam Liga Premier KPM-FAM Tahun 2019.


Tuesday, July 16, 2019

Putera Cemerlang

Putera Cemerlang
[Lagu Rasmi SMK Putera (SSN Kelantan)]

Kami warga SMK Putera
Semangat waja dan berwibawa
Sentiasa berpegang pada cogan kata
‘Ilmu Untuk Hidup Bahagia’
 

Para pendidik tumpahkan setia
Mendidik kami tanpa mengira masa
Bekalan akhirat juga di dunia
Membentuk peribadi yang mulia
 

Chorus
 

Harum megah nama di bidang sukan
Banyak menempa berbagai kejayaan
Sekolah Sukan Negeri yang megah
Melahirkan atlet cipta sejarah
 

Seiring juga di bidang pelajaran
Putera puteri sentiasa di hadapan
Berdisiplin diri jadikan amalan
Dinaungi iman ketaqwaan
 

Bina… semangat ….
Ke arah insan yang berwawasan
Putera puteri….
Cemerlang, Gemilang dan Terbilang


Lagu Putera Cemerlang ini diilhamkan oleh Pn Hjh
Wan Dalilah Wan Alwi dan En Nahar Sham Mat Ajid
pada tahun 2011. Lirik lagu ini hasil idea En Nahar
Sham. Dan dengan bantuan En Ridzuan Saad lagu ini
telah berjaya disusun dan dikumandangkan pada awal
2012. Lagu ini membawa tema yang bersesuaian
dengan moto SMK Putera (SSN Kelantan) iaitu ‘
Ilmu
Untuk Hidup Bahagia

Melangkah Ke SMK Putera

Melangkah Ke SMK Putera (SSN Kelantan)


Sejarah Awal Penubuhan 

Nama asal SMK Putera ialah SMK Padang Garong, diasaskan pada tahun 1965. Ia ditubuhkan bagi memenuhi program pendidikan negara iaitu sistem pelajaran aneka jurusan yang ditubuhkan di seluruh negara. Tahun 1965 merupakan tahun permulaan semua pelajar rendah meneruskan pelajaran ke Tingkatan Satu tanpa sekatan atau kelulusan peperiksaan Darjah Enam.

SM Padang Garong menumpang belajar pada waktu petang di SK Padang Garong bersebelahan dengan Pejabat Pendidikan Negeri Kelantan. Pengetua pertama SM Padang Garong ialah Tn Hj Mohd Noor bin Hj Ismail. Pada tahun 1967 bangunan-bangunan sekolah siap dibina di kawasan Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab, di mana terdapat tiga blok bangunan SM Putera. Mulai saat itu pelajar-pelajar lelaki ditempatkan belajar di SMK Putera dan pelajar perempuan ditempatkan di SMK Puteri. SMK Putera telah dibuka secara rasminya pada 21hb Mac 1969 oleh Menteri Pelajaran ketika itu iaitu (Allahyarham) Tan Sri Mohd Khir Johari (1923–19 November 2006). Pengambilan pelajar di SMK Putera pada asalnya melalui saluran SK Padang Garong, SK Penambang, SK Paya Bemban, SK Langgar, SK Rambutan Rendang, SK Ismail Petra dan SK Tengku Indera Petra.


SMK Putera (SSN Kelantan) Sebagai Sekolah Sukan

Mengikut peredaran masa, SMK.Putera telah berubah daripada satu sesi menjadi dua sesi apabila pengambilan pertama murid perempuan mulai tahun 1999. Pada tahun 2003, SMK.Putera telah dijadikan Pusat Sukan Negeri (PSN) oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dengan menubuhkan Akademi Bola Sepak. Seterusnya pada tahun 2008, SMK.Putera telah mengalami fasa perubahan apabila diiktirafkan sebagai Sekolah Sukan Negeri (SSN) bagi negeri Kelantan. Perakuan pengiktirafan ini secara rasmi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui surat siaran KP.BSSK.301-03/05/100(19) bertarikh 18 Ogos 2008. 

SMK Putera telah dipilih sebagai Sekolah Sukan Negeri oleh Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan bermula dari tahun 2005. Pengambilan pelajar juga berorientasikan pelajar yang aktif dan berprestasi
tinggi dalam bidang sukan dari seluruh pelosok negeri Kelantan. Pengambilan guru jurulatih dalam bidang sukan tertentu juga dipilih khusus oleh Unit Sukan Negeri Kelanta
n.

Kemasukan atau pengambilan atlet pelajar ke SMK Putera adalah berdasarkan kepada:-
 

  • Program Uji Bakat (Talent Identification). 
  • Program Mengenal Pasti Bakat (Talent Scouting). 
  • Cadangan daripada Jurulatih SSN / SSM

TOGETHER WE WILL

Motto 'Together We Will' adalah ilham Tn Hj Razuki A.Rahim (Pengetua SMK Putera) pada tahun 2016 untuk menyatupadukan usaha pihak SMK Putera (SSN Kelantan) bersama-sama dengan ibu bapa untuk melahirkan generasi atlet murid yang mempunyai keseimbangan di dalam pencapaian sukan dan akademi

- Together We Will